The Da Vinci Code
The Da Vinci Code

The Da Vinci Code

The Da Vinci Code atau Kod Da Vinci merupakan sebuah novel cereka karangan Dan Brown dan diterbitkan pada tahun 2003 oleh Doubleday Fiction (ISBN 0385504209). Buku ini menjadi buku yang terlaris di dunia dengan jualan lebih daripada 40 juta naskhah dan diterjemahkan kepada 44 buah bahasa. Buku ini merangkumi genre penyiasatan, ngeri dan pengkomplotan dan menjadi buku kedua karangan penulis sama selepas Angels and Demons yang diterbitkan pada tahun 2000 yang mula memperkenalkan watak Robert Langdon selaku watak utama bagi kedua-dua novel. Buku ketiga telah diterbitkan pada tahun 2009 dengan tajuk The Solomon Symbol.Pada November 2004, Random House menerbitkan "Edisi Bergambar Khas", dengan lebih 160 ilustrasi yang diselitkan bersama. Terdapat juga edisi kulit tebal yang mukanya tersorok kunci kepada persoalan yang berkaitan dengan jalan cerita.Latar novel tersebut merangkumi pengkomplotan pihak Gereja Katolik untuk menutup cerita "sebenar" Jesus. Pihak Vatikan mengetahui bahawa ia satu pembohongan tetapi tetap menyembunyikannya untuk membiarkan mereka kekal berkuasa. Novel ini menaikkan kembali persoalan yang timbul disebalik legenda atau mitos Cawan Suci dan peranan Mary Magdalene dalam sejarah Kristian. Buku yang merupakan hasil kreatif, penuh aksi dan pencetus minda mendapat kritikan kerana menyatakan pembabitan Gereja Katolik dan Opus Dei dalam kes-kes negatif.